
Thursday, January 29, 2009
Monday, January 26, 2009
Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP
Format Hard Disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:
- Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
- Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.
Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format Hard Disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:
Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM
Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:
(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
- Hidupkan komputer anda.
- Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
- Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
- Pilih Boot Sequence.
- Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
- Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.
Format Hard Disk
- Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
- Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
- “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
- “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
- Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
- Sekiranya Hard Disk anda:
- masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
- tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
- Buat satu partition dengan menekan butang C.
- Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
- Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
- Tekan butang C untuk setuju.
- Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
- Tekan butang F untuk format Hard Disk.
- Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
Install Windows XP
- Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
- Masukkan nama anda dan klik butang Next.
- Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
- Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
- Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
- Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
- Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
- Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP
- Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
- “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
- Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
- Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
- Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
- Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
- Klik pada butang Finish.
- Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri ^_^
Download Windows 7 Beta
Bagaimana Nak Download Windows 7 Beta Dan Dapatkan Nombor Siri Yang Sah
26 January, 2009 (08:00) | Sistem Pengoperasian | By: aura
Bagi sesiapa yang tak sempat untuk muat turun Windows 7 Beta sebelum 24 Januari, kini anda masih berpeluang untuk mendapatkannya kerana tempoh muat turun telah dilanjutkan sehingga 12 Febuari 2009.
Anda boleh download Windows 7 Beta dari pautan yang diberikan di bawah ini:
- Windows 7 Beta 32-bit ISO (English): 7000.0.081212-1400_client_en-us_Ultimate-GB1CULFRE_EN_DVD.iso
- Windows 7 -Beta 64-bit ISO (English): 7000.0.081212-1400_client_en-us_Ultimate-GB1CULXFRE_EN_DVD.ISO
Di sini juga saya akan beritahu cara-cara untuk mendapatkan nombor siri yang sah untuk Windows 7 Beta Build 7:
- Pergi ke laman Microsoft Technet.
- Klik pada Sign In yang terletak pada bahagian kanan-atas laman web.
- Sign in dengan Windows Live ID anda. Guna akaunt Hotmail pun boleh.
- Salin URL di bawah pada pelayar web anda:
https://www.microsoft.com/betaexperience/scripts/gcs.aspx?Product=tn-win7-64-ww&LCID=1033
- Salin nombor siri bagi Windows 7 Beta yang telah diberikan.
Muat Turun Windows 7 Beta Secara Percuma
22 January, 2009 (21:46) | By: aura
Microsoft kini membuka peluang kepada orang ramai untuk mencuba Windows versi yang terbaru, iaitu Windows 7. Download akan dibuka sehingga 24 Januari 2009, jadi anda boleh ambil peluang ini untuk mendapatkannya.
Anda mungkin tertanya-tanya, kena bayar ke kalau nak download Windows 7 Beta ni? Berita baik buat anda kerana Microsoft menyediakannya secara percuma. Namun, perlu diingat bahawa Windows 7 Beta adalah versi percubaan sahaja, dan lesen percuma akan tamat pada bulan Ogos 2009.
Dapatkan Windows 7 Beta di laman web rasmi Microsoft. Terdapat dua pilihan iaitu versi 32-bit dan 64-bit (pilih 32-bit jika anda tak tahu apa bezanya). Anda akan dikehendaki untuk memasukkan Windows Live ID anda, jadi daftarkan satu akaun jika anda masih belum mempunyai Windows Live ID.
Walau bagaimanapun, saya masih gagal untuk download fail Windows 7 Beta yang dijanjikan Microsoft. Apa yang saya dapat hanyalah mesej “We are sorry, the page you requested cannot be found”.
Saya makin kecewa dengan Microsoft. Jangan risau, anda masih boleh cuba dowload dari link di bawah (dari Lifehacker):
Sunday, January 25, 2009
Windows 7 Beta – Pandang Pertama
24 January, 2009 (11:01) | Sistem Pengoperasian | by: aura
Alhamdulillah selepas berhari-hari saya biarkan PC saya terpasang, dapat juga saya siapkan download Windows 7 Beta ini. Setelah siap, terus saya burn ke dalam DVD untuk mencubanya segera. Proses pemasangan Windows 7 Beta adalah mudah dan pantas, malah lebih pantas dari Vista dan XP.
Apa yang dapat saya katakan ialah, saya kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Windows 7 Beta. Akhirnya, Microsoft sudah mendengar keluhan pengguna dan mula memperbaiki sistem pengoperasian mereka serta menambah pelbagai ciri-ciri baru. Dalam entri pada kali ini, saya akan bawa anda untuk melihat Windows 7 Beta:
Ubahsuai Desktop dan Tema Windows
Desktop asas Windows 7 Beta adalah berwarna biru, dengan gambar seekor ikan di tengah lautan yang luas. Apa simboliknya ikan ini ya? Saya pun tak tahu.
Klik kanan pada desktop untuk melihat menu Gadgets dan Personalization. Dari menu inilah anda dapat mengubahsuai desktop Windows 7 Beta mengikut citarasa anda.
Dari menu Gadgets, anda boleh menambah apa-apa gajet dan susun (atau teraburkan) pada desktop anda.
Dari menu Personalization pula, anda boleh mengubah tema, warna, mahupun bunyi dalam Windows.
Apabila anda mengubah tema, wallpaper dan warna asas turut diubah. Saya dapati proses menukar tema ini lebih pantas dari Windows XP.
Taskbar dan Start Menu Pelbagai Fungsi
Ikon dalam Taskbar adalah lebih besar, tanpa teks di sebelahnya. Semua tetingkap yang terbuka dalam Windows tidak diletakkan satu-persatu pada Taskbar, tetapi disusun mengikut program tersebut.
Apabila anda menggerakkan mouse di atas taskbar, ia akan memaparkan thumbnail mengenai yang sedang dibuka. Anda juga boleh gerakkan mouse pada thumbnail tersebut untuk paparkan saiz sebenar tetingkap tersebut. Malah, anda boleh terus tutup satu-satu tetingkap dari thumbnail ini.
Start Menu adalah peningkatan dari Windows Vista. Apabila anda mula menaip dalam Start Menu, ia akan mencari program mengikut kata kunci anda.
Terdapat banyak lagi fungsi yang berguna dalam Taskbar dan Start Menu, akan saya muatkan dalam entri yang lain.
Program-program Asas
Pelbagai program-program asas dalam Windows 7 telah mendapat sentuhan baru, serta diberikan antaramuka Ribbon. Antaranya ialah Paint:
WordPad juga kini berkeupayaan membuka fail .docx meskipun anda tidak mempunyai MS Office 2007.
Calculator boleh didapat dalam empat mod: Standard, Scientific, Programmer, dan Statistics.
Jadi bagaimana pula dengan Notepad? Jangan bimbang, bagi mereka yang pentingkan fungsi minimalis, Notepad lama masih dikekalkan.
Sambung Kepada Wi-Fi dengan Mudah
Ikon network yang terletak pada Taskbar memudahkan anda untuk menyambung pada mana-mana Wi-Fi di kawasan anda. Hanya klik pada ikon tersebut, dan pilih pada sambungan Wi-Fi yang anda mahu.
Tanggalkan USB Drive dengan Mudah
Apabila anda klik pada ikon “Safely Remove Hardware”, ia bukan sahaja memaparkan drive letter bagi pen drive anda, malah namanya sekali. Jadi anda tahu pen drive mana yang anda ingin tanggalkan. Mungkin ini hanya fungsi yang kecil, namun ianya sangat memudahkan kerja.
Kawal Notifikasi dari User Account Control (UAC)
Sekiranya dalam Vista, fungsi UAC sangat menyusahkan anda, kini pada Windows 7 anda boleh mengawal amaran yang diberikan olehnya.
Masalah Kesesuaian Program
Hampir kesemua program yang saya gunakan dalam Windows XP, dapat digunakan dalam Windows 7. Namun beberapa program seperti Adobe AIR, Adobe Photosop, dan Oracle 10g tidak dapat dipasang. Oleh kerana Windows 7 masih dalam peringkat Beta, masalah ini memang biasa berlaku.
Namun, apa yang menghairankan saya adalah mengapa Windows 7 Beta tidak dapat mengakses partition yang dibuat oleh Windows XP dahulu, meskipun ianya berformat NTFS. Sekali lagi, mungkin kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, jadi fungsi tersebut ditahan buat sementara waktu.
Edit: Kata Firdee di ruangan komen, dia dapat membuka partition lama macam biasa je. Ia juga mungkin berbeza pada komputer anda.
Akhir Kata
Seperti yang saya katakan pada awal entri ini, saya kagum dengan peningkatan yang ditonjolkan oleh Windows 7 Beta, baik dari segi antaramuka mahupun kefungsian yang lain.
Mungkin ada yang mengatakan Windows 7 meniru ciri-ciri yang ditampilkan oleh Gnome, KDE, mahupun OSX; dan realitinya tuduhan itu mungkin benar. Namun itulah dunia perisian, mana fungsi yang baik itulah yang diimplementasikan dalam perisian yang lain (ingat Firefox dan Opera), sekaligus menggalakkan persaingan dan meningkatkan kualiti.
Saya teruja untuk melihat lebih banyak lagi fungsi-fungsi dalam Windows 7. Malah bukan Windows sahaja, saya juga berminat untuk membuat liputan terhadap sistem pengoperasian (serta distro) yang lain seperti Ubuntu, Fedora, dan OSX. Cuma bab OSX ni, memang hanguslah poket saya nanti.
Jadi para pembaca sekalian, bersempena semangat Hijrah yang masih belum padam ini, saya ingin anda cadangkan, artikel apakah yang anda ingin lihat bagi tahun 2009 ini? Sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komen ye :)